Thursday, May 17, 2012

Andai lelaki tahu..

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Monday, May 14, 2012

kerana aku lelaki

orang cakap aku ni suka tukar-tukar awek,
ada jugak aku cakap aku ni kaki cluBBing...
aku ni kaki  botol la....zainur asyraf playboy la...


aku walaupun tak buat suma tu,
tapi aku tak jugak suka kalau dituduh macam-macam..
aku ada maruah diri jugak..
tolong hormat la kat aku,
bila aku ada pasangan, macam-macam cara orang buat
agar hubungan aku putus,
bila dah putus, ramai pihak akan gembira,
macam-macam fitnah yang ditabur atas nama aku,


aku tak tahu sama ada korang yang buat cerita tu,
kompom bagus ke..?? kompom masuk syurga ka..??


sekali korang buat cerita macam-macam kat aku,
pintu syurga pun korang xkan dapat tengok...


tak baik mengata orang ja keja...
macam la bagus sangat...


jika kita menutup keaiban orang,
insyallah,
Allah akan tutup keaiban kita di akhirat kelak....


jahat mana pun aku, buruk mana pun aku,
aku dah berjanji pada diri,
aku akan merubah diri ke arah lebih baik...
tak peduli la apa yang orang akan cakap..
yang penting aku tahu,
Allah sentiasa ada disisiku....


aku takkan doakan benda yang tak baik berlaku pada korang,
cuma aku doakan agar diampunkan dosa korang yang dah buat salah kat aku,


kerana aku lelaki, macam-macam dugaan yang aku lalui,
tapi aku masih kuat berdiri,


alhamdulillah, kini aku dapat mengatasi masalah-masalah yang aku miliki,
even,
secara diam-diam aku ada menjaga hati seorang gadis,
cuma identitinya akan dirahsiakan....


aku tak nak la orang tahu, biar jadi rahsia...
tapi kata orang,
macam mana sembunyi pun, lama-lama nanti terbongkar jugak...


memang pun dah banyak orang tahu siapa gadis itu..
si gadis masih belajar kt SMK Oya...
dah banyak orang cakap pasal aku dan dia,
hurmmm..


yang penting aku x ngaco hidup orang...
aku diam tak bermakna aku takut,
aku x nak terjadinya pergaduhan...

Cinta ya Cinta,



Sepertinya ku tahu,

Apa yang telah menggangguku,
Meski indah mimpi namun tetap saja,
Tak menentu perasaanku,

Saat kau datangi aku,
Hati jadi berbunga-bunga,
Kau lah kawan dalam susah-senang,
Istimewalah engkau di hidupku,

Pastilah, kita boleh, mudah mewujudkannya,
Setelah berkawan lama,
Tak ada salah kita mencoba,
Kerana perjalanan yang telah kita harungi,
Membentuk perasaan ini,

Pun demikian aku,
Merasakan dirimu,
Kaulah kawan saat pedih perih,
Hidup melimuri diriku,

Maka izinkan lah aku,
Menjadi lelakimu,
Kita satu dalam rengkuhan keajaiban,
Cinta ya Cinta,

Friday, May 4, 2012

Love Story


bila cinta endapkan semua harapan
jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu

love story let’s make a history
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
mengalahkan semua yang paling terindah

love story let’s make a history
biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
namun cinta kita tetap akan utuh

love story

bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu

meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh
love story, love story, love story


Thursday, May 3, 2012

Adakah ini Yang dinamakan Cinta....???

ini la kisah hidup seorang jejaka bernama Zainur Asyraf.

aku sememangnya manusia biasa,
cuma aku mempunyai banyak kelemahan.
kini disebabkan aku,
dua orang gadis dah mulai menyukai aku,

gadis yang bernama A, merupakan
awek aku dulu cuma
kami kini sudah clash..
hubungan pun dah berakhir..
tinggi si A,  hampir sama tinggi aku, cuma dia rendah sikit.
kulit nya putih, rambutnya coklat.
jarak umo aku ngan si A, ada 3 tahun beza,
si A lebih berumur lagi berbanding aku,
so, no wonder dia cepat matang dari aku.

suma itu gara-gara salah aku..
si A mengatakan bahawa dia mulai membenci aku
kerana sikap aku yang melampau.
memang wajar jika Si A brkata sedemikian..
aku terlampau kejam untuk Si A...
lalu aku membuat keputusan utk menjauhkan diri dari 
si A.
hatiku masih cinta, tapi apa boleh buat,
aku memang salah, dan kesalahan aku tak dapat diterima.

tidak lama, beberapa hari kemudian, aku
mulai merindui si dia..
memang ku akui, aku dah bergaul ngan ramai perempuan,
tapi tidak sama seperti bila aku ngan si A..

aku cuba menerima hakikat bahawa,
cintaku sudah pergi meninggalkan aku,

aku berchatting la dalam facebook macam biasa..
so, dari situ aku berkenalan la dengan si B.
B ni merupakan pelajar sekolah SMK Oya.
masih berumur 17 tahun..
so kira sendiri la berapa beza umur kami berdua.
tinggi badan si B jauh lebih tinggi dari aku,
berkulit putih. rambutnya hitam.
macam model mula aku tengok..

aku berkenalan dengan dia tidak lama..
tak sampai pun seminggu..

sumanya bermula bila si B ingin mengenaliku scara lebih dalam,
si B memberi no hp kepada ku agar ku bisa
berhubung dengan dia lebih dekat lagi berbanding dalam facebook.
aku pun mulai texting ngn si B.
tu pun sebab aku kesunyian setelah ditinggalkan oleh si A.

sebenarnya tiap-tiap malam aku tunggu message dari si A,
tapi langsung tiada..
so aku mulai berkawan dengan si B macam besa..
then pada suatu ketika,
si B mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan ku,
aku tidak menolak, aku akan keluar utk menemani nya 
bila dia datang Mukah. lagipun dia kan gurl, bukan pandai jaga diri,
dan dia juga ada urusan nak dibuat bila dah berada di Mukah..

pada hari tersebut,
kami berdua dok makan-makan kat medan,
then aku bawa dia jalan-jalan naik moto,
aku juga dah berjanji utk menghantarnya pulang Oya,
disebabkan kebanyakkan Van dh bercuti pada hari itu..

bila aku hantar dia pulang, aku dijemput
makan dirumah dia.
mula-mula memang malu la, baru kenal
terus nak masuk rumah,
ntah macam mana dia boleh suka kt aku..

selepas hari itu,
Si B mulai bersikap pelik dgnku,
si B ckp dia rindukan aku,
dia sygkan aku,
tapi 
aku buat derk jer...
mana la tau dia skadar bergurau jer....

bila malam tadi. (03/05/2012)
si B meluahkan perasaan nya padaku,
aku terkejut la jgk sbb
selama ni dia pernah ungkapkan bahawa
dia sudah menyayangi seorang lelaki,
so aku x da la expect apa2...
duhal aku la lelaki yang nya maksudkan..
clue yg dia bagi x jelas..

aku pun berfikir panjang dibuatnya..
adakah aku perlu mengajak nya jadi pacarku,
ermmmm..

ku tanya berkali-kali, adakah dia pasti,
dia juga menyatakan bahawa dia 
memang benar ingin bersama ku,

aku kemudian, 
menjadikan dia kekasih hatiku...

dalam masa yang sama,
tiba-tiba aku terima message dari si A.
yang menyatakan bahawa dia amat merindui aku..
dan bila ku tanya dia, still love me..
dia pula menjawab, dia still loving me..
dan dia ingin aku kembali,
asalkan aku berubah ke arah lebih baik.

aku terdiam tiba-tiba..
i'm so stupid...
aku dah buat silap dalam hidupku..
aku berterus terang dengan si A bahawa
aku sudah berpunya, sememangnya aku tahu
dia mulai cemburu..

aku pun x tahu nak buat apa..
si A pun dah berserah.. rela nak mengundurkan diri..
aku cintakan si A, dan aku sayangkan si B...

aku nak pilih dua-dua, bukan dapat pun.
aku x nak la salah sorg dari mereka terluka..
aku akan cari jalan yang terbaik utk
menyelesaikan masalah ini.. 

aku tengah buntu ni..
ini la akibat bila aku terlampau peramah,
hati orang bukan boleh kawal..
orang dengar suara dan lihat wajah dah boleh jatuh cinta kat aku..

ada persamaan antara mereka berdua,
mereka mencintai aku, cinta pandang pertama..








Monday, October 17, 2011

WANIta OH WanitA


13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa. 

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Wednesday, October 5, 2011

MungKir BaHAgIA


Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis dukaku
Menggamit kenangan silam
Resah nan pilu menghampiri

Suramnya malam ku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara?
Tuk mengungkap rindu

Sayangku mungkir pada kejujuranku
Menolak segala bahagia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamuKu kesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelanaKulayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan
Leburlah harapan cinta

Namun kesetiaanku
Ku genggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

Sayangku mungkir pada kejujuranku
Menolak segala bahagia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamuKu kesali

Maafkan dakuKekasih hati
Cinta kita berakhir
Maafkan dakuKerna ku memungkirinya
Maafkan daku kekasih hatiCinta jadi begini
Maafkan dakuKu mungkir bahagia